Kesibukan kerja seharian pada hari ini, adakalanya menjadi penghalang ibu bapa untuk mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak. Saya ingin membuat perkongsian di dalam laman blog ini melalui hasil pembacaan dan sedikit rujukan kajian perbandingan dengan buku Ilmi Pendidikan sukatan kursus perguruan. Peri pentingnya pendidikan dan kasih sayang di curahkan kepada anak-anak.
Mengambil contoh junjungan kita Nabi Muhammad saw sebagai manusia paling mulia melayani anak-anak. Rasullullah saw sangat baik kepada anak-anak dan sangat mencintai mereka. Baginda sanggup mengusap kepala kanak-kanak kerana rasa cintanya dan sentiasa berdoa untuk mereka. Apabila kanak-kanak mendekati baginda saw, baginda akan mengendong mereka dan menunjukkan perasaan cintanya sangat besar kepada mereka. Baginda menjulurkan lidahnya di depan kanak-kanak sehingga mereka tertawa. Apabila baginda berbaring, baginda memerintahkan agar anak duduk di kaki baginda atau dada baginda. Apabila ada beberapa kanak-kanak baginda menyuruh mereka berbaris kemudian baginda mendepakan tangan sanbil bersabda, “Larilah ke mari, siapa yang paling cepat menyentuhku, akan memperolehi hadiah”. Kanak-kanak pun berlari kepada baginda. Beberapa anak akan jatuh di dada Baginda, jatuh di perut baginda. Baginda memeluk dan mencium mereka. Baginda juga terharu bila melihat ibu-ibu mencintai bayinya. Ketika berbicara dengan ibu-ibu , baginda berkata, “barang siapa yang dikurniakan anak-anak oleh Allah swt, dan dia mencintai anak-anaknya, dan juga menunaikan kewajipannya terhadap mereka, maka dia akan selamat dari neraka jahanam.” Diambil dari buku Panduan Mendidik Anak secara Sunnah.
Subahanallah...mulia sungguh sikap rasullulah. Sampai ketahap bergurau senda dan bermain bersama anak-anak. Sikap kecintaan rasullulah terhadap anak-anak harus dicontohi oleh para ibu bapa agar dapat mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang. Ibu bapa juga harus meluangkan masa untuk bermain dengan anak-anak dan tunjukkan sikap kasih sayang kepada mereka setiap hari. Anak perlu dipuji apabila melakukan kebaikan dan menyelesaikan pekerjaan. Lakukan pada peringkat anak-anak masih kecil supaya kita terbiasa mendidik anak-anak dengan kasih sayang.
Perbuatan yang menunjukkan kasih sayang sangat penting untuk membentuk rohani dan jasmaninya. Itulah sebabnya, syariat kita sangat menekankan cinta dan kasih sayang terhadap anak-anak. Antara perbuatan yang boleh menunjukkan kasih sayang antaranya:
1. Jangan sesekali bermasam muka dan memandang mereka dengan wajah yang galak.
2. Cintailah anak-anak, usaplah kepalanya dengan kasih sayang.
3. Duduk kan dia dalam pangkuan. Bermain dengan mereka.
4. Sikap yang suka marah-marah anak membentuk personaliti tidak mencintai ibu bapa dan anak-anak jadi kurang keyakinan terhadap diri sendiri.
5. Anak-anak hendaklah dilakukan dengan lemah lembut dan kasih sayang sebaik mungkin.
6. Memenuhi keperluan mereka seadanya. Tindakkan ini akan membuatkan kereka bahagia dan timbul perasaan patuh dan akan berbakti kepada ibu bapa.
7. Jika anak meminta sesuatu berikanlah dengan suka rela.
8. Jika mereka sedih maka hiburkanlah agar mereka bahagia dengan demikian mereka anak menghargai kita dan mencintai kita.
9. Jangan menganggap mereka beban yang berat agar mereka tidak membenci kita.
Sambg....
No comments:
Post a Comment
wa kha kha...:)