Di suatu sudut dalam perpustakaan duduk dua orang murid perempuan sedang membaca buku. Aku menghampiri murid tersebut.
“Assalamualaikum..”
“Eh Cikgu Sara. Walaikumsalam Cikgu.”
Jawab Lisa dan Farhana. Aku meninjau buku yang dibaca oleh Lisa.
“Baca buku apa tu?” Sapa ku lembut.
“Oh..buku tentang kematian .” Jawab Lisa tenang.
“Cikgu kenapa semua orang takut mati?” Tiba-tiba salah seorang dari mereka bersuara.
“Semua orang takut mati sebab amal tak cukup, mungkin juga Lisa. Sebenarnya kalau kita faham betul-betul tentang fasa kehidupan tentu kita akan rasa lebih yakin untuk menghadapi saat-saat kematian. ” Jawab ku ikhlas agar anak murid ku dapat memahaminya.
Ternyata satu persoalan lagi timbul dari bibir kecil Lisa.
“Fasa kehidupan tu apa Cikgu?” Lisa ingin mengetahui lebih lanjut.
“Kehidupan ni terbahagi tiga peringkat, pertama peringkat kehidupan di dunia meliputi perjalanan kita selagi bernyawa di muka bumi Allah, kedua kehidupan di alam bazarkh iaitu selepas kematian melalui fasa hukuman jika amalan buruk lebih banyak, tapi kerehatan bagi manusia yang banyak amal baiknya semasa hidup, dan fasa ketiga kehidupan diakhirat pula iaitu fasa perhitungan segala amalan kita dari sekecil-kecil amalan hingga sekecil-kecil dosa dan seterusnya timbangan untuk ke syurga atau neraka.” Aku melihat wajah comel itu mendengar dengan penuh khusyuk.
Farhana yang sedang asyik membaca buku tiba-tiba terhenti dan mendengar penjelasan ku dengan penuh tekun. Tiba-tiba dia bersuara.
“Lepas kita mati maknanya ada lagi kehidupan ya cikgu? ” Tanya Farhana.
“Betul tu Farhana. Semasa kehidupan di dunia kita pun melalui beberapa fasa juga, misalnya fasa bayi dari dalam rahim ibu sampai dilahirkan. Kemudian kita lalui fasa kanak-kanak macam kamu berdua lalui sekarang. Selepas itu fasa remaja, dewasa dan tua. Macam yang cikgu lalui pula ialah fasa dewasa. Cikgu akan bekerja dan membesarkan anak-anak Cikgu. Sama seperti ibu ayah kamu. Sama juga lepas kematian kita lalui fasa kedua dan ketiga yang Cikgu jelaskan tadi.” Kedua gadis itu tunduk tanda faham.
“Sebab tu sebagai orang beriman kita wajib percaya kepada pekara ghaib macam dosa, pahala, syurga, neraka dan semua yang tertulis dalam al-Quran supaya kita lebih yakin untuk melalui fasa kehidupan yang seterusnya.” Sambung ku lagi.
“Tapi apa yang membezakan kita dengan manusia lain ketika hidup dan mati ialah amalan kita. Kalau di dunia kita berkelakuan baik sudah pasti kita berbeza dengan orang yang fasik. ”Tambah ku lagi.
“Fasik tu apa cikgu?”Lisa bingkas menanyakan persoalan.
“Fasik itu orang yang tidak memperdulikan perintah tuhan.” Jelasku lagi.
“Sebenarnya orang yang baik amalannya di dunia tidak akan melalui sakaratul maut yang lama dan menyakitkan. Beza dengan orang yang banyak dosa mereka melalui maut dengan keadaan yang amat menyakitkan. ”. Aku menjelaskan lagi.
“Saya tahu cikgu, orang yang baik masa malaikat cabut nyawa dia, dia tak kan rasa sakit sangat.” Tambah Lisa.
“Betul tu Lisa. Semuanya bergantung kepada amalan kita. Sebab tu Allah suruh kit abaca Quran, Solat, zikir dan ibadah lain semuanya untuk kita juga. Supaya kita dapat melalui setiap fasa tanpa rasa keperitan. Cuma satu je yang Allah mintak pada setiap mahluknya iaitu ketaatan pada Allah. Tapi itulah yang paling susah kita nak buat.”, jelasku panjang lebar.
Aku menyambung lagi agar persoalan tidak terhenti di situ.
“Sebab tu sebagai manusia kita perlu banyak menimba ilmu di samping melakukan ibadah yang Allah suruh. Banyak membaca, tak rugi kalau kita rajin membaca. Satu lagi yang Allah suka ialah orang yang banyak ilmu dan ilmunya diamal dan dimanfaatkan pada orang lain.” Lisa dan Farhana mengangguk kepalanya tanda faham.
“Okaylah, kamu teruskan membaca, kalau ada yang tak faham boleh Tanya cikgu ya.” Bicara ku terhenti di situ.
“Baik cikgu.” Jawab dua murid ku serentak.
Aku berlalu meninggalkan mereka dengan aktiviti mereka. Aku harap sedikit penjelasan ku tadi dapat menjawab persoalan mereka mengenai kematian. Kematian yang paling mengerikan ialah jika kita tidak banyak amal. Mudah-mudahan mereka mengerti tentang kepentingan menimba ilmu. Perjalanan hidup ini perlu disuluhi dengan ilmu terutamanya untuk memantapkan keimanan supaya teguh dan istikomah.
No comments:
Post a Comment
wa kha kha...:)