Wednesday, September 28, 2011

Didikan Anak Yang Terbaik Ialah Seimbang

Bismillahirohmanirohim…

Bertemu lagi dengan tajuk ‘Didikan anak yang terbaik ialah seimbang’.

Didikan anak yang terbaik adalah seimbang keperluan dunia dan bekalan akhirat. Kebanyakkan Ustaz dan Ustazah yang kita boleh dirujuk mengatakan sedemikian. Seimbang kedua segi itu tak mudah untuk di rialisasikan. Bayangkan dengan kesibukan ibubapa bekerja bagaimana mungkin dapat melaksanakan tanggugjawab mendidik anak-anak dengan baik. Sedangkan para ustaz ustazah selalu kata, ibu bapa perlu didik anak bermula dari rumah. Mungkin ramai yang merungut kan? Macamana nak hadapi perbagai cabaran pada masa kini? Anak-anak semakin hari semakin pintar. Semakin lama semakin petah berkata-kata. Malah lebih hebat dari orang dewasa. Tak padan dengan usia.

Bagi Ibu bapa sememangnya mahu yang terbaik untuk anak-anak. Baik dari segi pendidikan, agamanya, akhlaknya dan masa depannya cemerlang. Saya juga terpanggil untuk bersama berkongsi pengalaman dalam mendidik anak-anak. Tidak lah pula saya katakan terlalu bagus mendidik anak sendiri. Tak jugak nak berlagak pandai. Ia sekadar perkongsian dan mungkin ada maklumbalas yang boleh dibincangkan dan dipanjang-panjangkan.Insyallah ianya bermanfaat…

Pembuka bicara dengan nama Allah. Memandangkan saya punya masa terluang yang banyak di rumah ketika ini, saya harap saya dapat manfaatkan masa dengan baik. Sekurang-kurangnya saya dapat mendidik anak-anak saya dengan baik dan teratur. Sebelum memulakan tugasan saya sebagai pendidik tidak lama lagi.

Sepanjang pengalaman saya duduk dirumah mendidik anak-anak saya dan membesarkan mereka di depan mata, macam-macam saya pelajari. Sama juga macam ibu bapa yang lain kan? Semuanya menuntut kesabaran dan kekuatan iman. Kadang-kadang saya ni pandai cakap je..tapi selalu lupa. Selalu juga kene marah dengan en. Suami. Nama je cikgu, tapi belum tentu perfect K..kita manusia biasa banyak melakukan silap. Kalau silap cepat-cepat mintak maaf.

Setelah setahun saya menjaga anak-anak saya, saya mengambil kesempatan yang terbaik ini untuk mendidik anak-anak agar mereka jadi anak yang baik. Saya gunakan kesempatan ini memperbaiki perangai dan pendidikan anak-anak. Baik ibu yang uruskan rumahtangga atau yang bekerja semua ada tugas dan tanggugjawab yang berat dalam mendidik anak-anak. Tapi soalnya yang mana perlu saya dahulukan? Agamanya atau akademiknya? Saya pun mencari-cari bahan di internet. Macam-macam yang saya jumpa. Video anak-anak ABC, 123 dan lagu-lagu semua saya download dan jadikan dalam bentuk CD supaya boleh ditonton anak-anak setiap hari. Tak perlu lagi beli software yang mahal-mahal.

Kemudian saya lihat Husna semakin hari mula menghafal huruf-huruf. Walaupun masa tu dia tak pandai bercakap lagi. Tapi saya bagi dia tonton sebab menurut pensyarah muzik saya, anak-anak mudah ingat bila dengar lagu. Jadi saya pilih semua yang bercorak lagu. Husna mula menghafal dengan lancar bila dia mula bercakap sampai sekarang dia dah ingat semua huruf-huruf tu Alhamdulillah. Alhamdulillah juga si kecil Elissa dah mula bercakap sejak umur setahun, mungkin kerana selalu saya dengarkan lagu-lagu tuk dia. Saya rasa kaedah lagu amat berkesan tuk mereka.

Mungkin saya Berjaya mengajar anak-anak dari segi akademiknya, tapi bagaimana dengan akhlaknya? Setiap hari saya berdoa mudah-mudahan Allah tolong lah saya, macamana nak didik anak. Suatu hari saya dengan rancangan di TV Tanyalah Ustaz di TV9. Ingat lagi ustaz kata “Didik anak ikut Islam kalau nak mereka akhlak yang elok”. Saya mula terfikir kenapa kita ikut pendidikan yang barat ajar, sedangkan rasulullah dah ajar cara yang terbaik mendidik anak-anak. Saya rasa kesedaran ni buat saya terfikir tuk berubah. Macam Prof Dr Muhaya kata, “kalau kita nak anak kita berubah jadi baik, automatic ibubapa pun akan berubah juga”. Saya percaya kata-kata tu, sebab saya dah mula dapat hasilnya. Alhamdulillah Saya mula merujuk banyak buku. Misalnya buku Pesona Didik Anak Ikut Sunnah. Tidak kurang juga saya rujuk buku-buku pedagogi yang saya belajar di maktab. Dan mula membuat perbandingan cara didikan yang dianjurkan sunah dengan pendidikan semasa yang diajar di sekolah.

Kini saya hampir temui jawapannya, yang mana memang banyak perbezaannya. Semenangnya kita kena tahu, pendidikan di Malaysia ni banyak dicedok dari barat. Guru-guru pun dididik ikut falsafah barat kemudian diaplikasikan kepada murid-murid. Kalau ada pun tentang Islam ia tak diberikan penekanan. Hanya ada tajuk kecil sahaja dan itu pun seorang sahaja orang tokoh Islam yang diperkenalkan iaiti Al-Ghazali Tajuk kecil tentang Konsep Kendiri iaitu hati, akal dan nafsu. Selebihnya tokoh-tokoh pedagogi barat misalnya Jean Piaget, Arnold Gesell, Robert Havighurt, Erik Erikson, Lawrence Kohlberg. Kalau saya tanya semua tokoh-tokoh tu dari mana? Agama apa?...mesti kita dapat jawab soalan-soalan tu kan.. ini sekadar pendapat saya yang saya Nampak. Tapi tak semua ilmu barat tak bagus. Ada yang bagus dan pandai-pandailah kita guna ikut acuan Islam. Mari lihat apa yang saya jumpa.

Mereka ni semua tokoh-tokoh ilmu pedagogi yang tidak asing lagi. Macam-macam ilmu yang disarankan. Tapi percaya atau tidak ilmu-ilmu yang diajar tu semua dicedok dari Islam. Mungkin? Sebab kenapa,saya pun masih cari jawapannya? Yang pasti saya masih teringat kisah zaman kegelapan Islam yang mana waktu tu semua buku-buku dihapuskan oleh orang kristian. Ingat tak kisah tu diceritakan masa sekolah agama. Mungkin kalaulah buku-buku dari tokoh-tokoh Islam dulu dipelihara tentu ia dapat digunakan sampai ke hari ini. Tapi hari ini saya lihat buku-buku tentang ilmuan Islam dah mula tumbuh macam cendawan banyak dipasaran sekarang. Mungkin atas kesedaran umat Islam. Dan ramai yang mengkaji dari pelbagai bidang masing-masing.

Antara yang saya nampak, dan saya cuba untuk buat perbandingan sedikit. Saya ambil teori dari Teori perkembangan Kognitif Jean Piaget. Kalau dapat dikongsi dari buku Ilmu Pendidikan ada 4 peringkat-peringkat perkembangan kognitif Piaget.

1. umur 0-2 tahun :Dapat meniru dan dapat mengingati sesuatu/ mengetahui bahawa objek masih wujud walaupun telah disembunyikan (macam silap mata)/ bersifat egosentrik (mementingkan diri sendiri).

2. umur 2-7 tahun:Dapat menggunakan bahasa secara perlahan/ dapat berfikir dalam bentuk simbolik.

3. umur 7-11tahun:Dapat menyelesaikan masalah konkrit/ memahami konsep pengekalan dan dapat membuat klasifikasi.

4. umur 11 ke atas: Dapat menyelesaikan masalah abstrak/ menjadi lebih saitifik dalam pemikiran / rasa bimbang tentang isu social yang berlaku.

Kalau lihat apa yang dikaji oleh Piaget saya rasa dalam Islam kita dah ajar ikut system yang betul. Misalnya ibu-ibu yang mengandung dah di galakkan baca Quran. Nilah hikmahnya yang Allah nak tunjukkan. Dari umur 0-2 tahun. Kenapa dari O tahun. Maknanya sejak dari janin lagi. Bila Allah dah tiupkan roh dalam janin yang kita kandung automatic dah start belajar. Dengar ibu-ibu mengaji dan ayat suci al-Quran. Atau paling kurang pun ibu selalu dengar ayat Quran pasang CD atau seumpamanya.Cuba lihat memang ada bezanya.

Kenapa barat tekankan pendidikan awal kanak-kanak diajar tentang pendidikan? Begitu juga ibu yang mengandung digalakkan untuk buat latihan matematik, baca buku-buku bahasa inggeris, dengarkan lagu-lagu serta bunyi-bunyi yang tenang masa mengandung. Kenapa kita tak manfaatkan apa yang barat dah kaji dan aplikasikan dalam acuan Islam. Sebenarnya seawal kanak-kanak umur 0-2 tahun sepatutnya di sogok dengan kenalkan ayat-ayat quran alif baa taa, doa-doa mudah, surah-surah lazim macam 3 kul. Manfaat sebaiknya umur mereka ni sebelum mereka mula bercakap lagi. Supaya bila dah terdidik dengan cara Islami. Begitu juga ibu-ibu mengandung digalak baca quran. Perdengarkan janin dengan ayat-ayat suci. Ketika umur janin dalam kandungan berusia 5 bulan dah cukup sifat dan bulan dah boleh mendengar apa yang ibunya cakap dan apa yang ibu ucap hari-hari.

Saya pegang kata-kata ustaz dari buku mendidik anak ikut sunah. Walaupun kita tak mampu nak ikut 100% ikut sunah sekurang-kurangnya kita tak tinggalkan terus amalan sunah yang disarankan nabi. Semua ada hikmahnya. Satu kerana anak-anak kecil ni hati mereka suci, tak banyak terdedah dengan hiburan melampau. Sebab tu kalau tengok pada barat ajar anak-anak kecil mereka sogok anak-anak kecil ni dengan ilmu-ilmu sains, matematik mula dari lahir hingga 6 tahun. Jadi penilaian saya, kita patut dedahkan anak-anak dengan ayat-ayat quran dan doa-doa harian. Satu lagi yang menarik sya dengar dari ceramah-ceramah Ustaz kata “anak yang dah menghafaz al-quran dan faham akan terjemahan nya lebih mudah untuk menerima ilmu lain”. Kerana dalam ayat al-quran itu sendiri ada diceritakan tentang sains alam semesta, planet-plenet, bintang-bintaang, matahari dan bulan. Tentang kejadian manusia pendek kata al-quran itu ilmu Allah yang lengkap tidak dapat diertikan.

Bermakna di sini yang saya dapat rumuskan, pendidikan yang terbaik sememangnya ikut Islam. Ia dapat membentuk sahsiah yang baik (latih mereka mengaji), akhlak yang baik (dari segi pakaian dan pergaulan), cara hidup yang lebih teratur (melalui amalan doa-doa harian). Namun kita juga perlu membawa anak-anak seiring peredaran semasa supaya mereka tidak ketinggalan. Kalau jadi , doktor jadilah doktor yang hafaz al-quran, kalau jadi cikgu jadilah cikgu yang sahsiahnya baik, Kalau jadi jurutera jadilah jurutera yang bawa manfaat pada agama dan Negara.

Lihatlah pakar-pakar Islam Al-Farabi, Ibnu Khaldun dan lain-lain. Kalau ada ibubapa yang berniat nak anta anak sekolah tadika cina misalnya lebih baik kaji dulu buruk baiknya. Memanglah bila jadi ibubapa kita ligat memikirkan yang terbaik tuk anak-anak. Tapi jangan lupa pesan agama didik anak ikut Islam supaya dengan teras agamanya yang kukuh dia tak mudah terpesong atau tersasar nanti pada zaman yang bakal mencabar.

Insyallah..saya tak pandai nak berhujah. Tapi yang saya nampak saya sampaikan. Selebihnya ibubapa lain tolong fikirkan. Takut-takut kita menyesal kemudian hari. Saya pun risau jugak hal anak-anak ni. Semakin hari semakin besar. Bila cukup umurnya dia perlu bercampur dengan kawan-kawan yang sebaya umurnya. Maka di sana pengaruh luar lebih banyak masuk dari pengaruh ibubapa. Kalau dah mula sekolah masa dihabiskan di sekolah lebih panjang misalnya dari jam 8 pagi sampai 5 petang (tadika+taska). Di rumah ibubapa sibuk menguruskan rumahtangga. Selebihnya anak-anak dibiarkan dengan pengaruh TV pula lagi merbahaya. Masa bermain dengan anak-anak berbaki 2 hinga 3 jam sebelum mereka lelapkan mata. Jadi mari kita renung semula, kalau tidak bermula dari usia sekecil-kecil 1 – 2 tahun ni kita serapkan elemen-eleman Islam, cara makan, pakaian, akhlak semua ikut syariat yang digariskan Islam, nak tunggu 5 – 6 tahun mereka mula bersekolah dan bercampur takut-takut kita dah terlambat. Em..entahlah ye. Itulah yang saya fikirkan berhari-hari. Tawakal je pada Allah.. Tapi bila dah tahu ni kena usaha jugak kan?

Saya nasihatkan diri saya juga supaya didik anak dengan baik. Yang paling penting bukan didik anak dengan marah-marah. Saya selalu ditegur suami kerana marah-marah anak. Tapi saya sendiri sedar bila tengok saudara mara yang lain didik anak dengan marah-marah kesannya anak jadi makin kurang ajar dengan ibu. Jadi tak kan lah saya nak didik anak dengan marah-marah. Saya jadikan rasullulah contoh terbaik. Rasul pun tak marah-marah kanak-kanak. Tak tengking-tengking. Rasul sayang kanak-kanak sampai boleh gurau senda dengan anak-anak. Tapi perlu marah kalau tindakkan anak menyalahi agama. Cara didik dengan maki hamun pada saya tu memang salah. Semua akan pengaruhi emosi mereka. Jadi kalau kita didik dengan maki hamun jangan marah anak-anak kalau suatu hari nanti dia maki hamun kita. Ia adi pengajaran pada saya juga.

Saya harap atas kesedaran saya ni, sikit-sikit saya dapat berubah. Doa mintak Allah berikan kesabaran dalam mendidik anak-anak. Dan hasilnya sikit-sikit saya dah mula nampak. Misalnya Husna si Kakak bila saya marah cepat-cepat dia peluk saya. Kalau saya tak layan, makna kata memang kesalahan dia buat tu kesilapan dia yang perlu ditegur dia akan menangis kerana ibunya tak hiraukan dia. Dan akhirnya dia mula mintak maaf. Memang budak kecik ni mintak maaf nanti dia buat lagi. Benda yang sememangnya perlu diulang-ulang insyallah bila dia besar nanti dia tahu menilainya.

Dengan Islam semua dah tersedia. Sebagai khalifah di muka bumi ni kita wajib mengkaji dan mencari ilmu tu serta menyampaikan. Galakkan anak-anak kita juga supaya cintakan ilmu dan rajin berfikir. Kalau tak jadi salah saya nak kongsi ayat penemuduga masa interview pengesahan jawatan ari tu. “Kenapa cikgu-cikgu malas nak berfikir? sebab cikgu-cikgu semua lahir dari system pendidikan yang orentasi peperiksaan semata-mata. Bila abis periksa lupa semua ilmu”. Malu lah masa tu kawan-kawan seangkatan ada 4orang dalam bilik temuduga tu semua terdiam. Tapi bila fikir semula memang pun kalu kata soalan exam selalunya street je. Takde nak suh kita fikir. Tu yang jadi sekarang ni pada diri saya, masa ambil sejarah STPM dulu dapat A+ tapi bila suami saya tanya pasal sejarah zero saya tak ingat. Kene bukak buku balik. Isk…teruk lah orang yang menulis ni. Aduh macam manalah persediaan nak mendidik nanti. ‘Ya tuhan lengkapkan lah diri ku dengan ilmu, mudah-mudahan aku jadi guru yang terbaik.’ Insyallah..Tapi saya sedar selagi kita masih bernyawa kita wajib menuntut ilmu. Sampai la kat liang lahat nanti pun masih diajar jugak. Sebagai renungan bersama.

Untuk mendidik anak dengan cara yang betul ada jalannya. Petik kata dari ustazah Nurbahya

3 peringkat didik anak-anak:

Peringkat 1: 7 tahun pertama- 0-7 tahun didik mereka dengan bermain-main.

Peringkat 2: 7 tahun kedua- 7-13 tahun didik mereka dengan peraturan.

Peringkat 3: 7 tahun ketiga- 13-19 tahun didik mereka umpama kawan.

Jadi kesimpulannya, kalau saya boleh simpulkan di sini Islam terunggul. Memang ada cara yang dianjur Islam. Cuma ia tak terlalu expose macam barat tunjuk kat kita dalam internet dari laman-laman web,blog dan youtube yang mudah didapati. Tapi awas kesannya mungkin anak-anak anda boleh diculik oleh mereka tanpa kita sedari. Pengkaji tentang pendidikan awal kanak-kanak menurut Islam kurang. Jadi saya rasa kalau ia boleh dijadikan satu tajuk Tesis amatlah banyak yang dapat dikongsikan. Paling kurang kita manfaatlah anak-anak dengan sebaik-baiknya. Ia amanah Allah. Yang perlu di baja dengan baja yang baik. Kalau baja tak elok maka pokok akan rosak. Begitulah saya menyeru pada diri saya supaya hargai anak-anak saya insyallah. Siapalah saya untuk menyeru ibubapa diluar sana. Masing-masing punya akal dan pilihan sendiri. Tepuk dada tanya iman. Tapi sebaiknya jangan harapkan sekolah dapat didik anak dengan sempurna pokoknya semua bermula dari rumah. Menuntut pengorbaban ibu dan bapa. Mencari ilmu yang sepatutnya untuk diajar kepada anak-anak. Contoh yang terbaik adalah ibubapa kita.

Ambil yang baik-baik. Harap saya dapat kongsikan lagi. Ia sekadar perkongsian yang perlu direnung dan di nilai-nilai. Ambil nilai yang baik sahaja. Sama-samalah kita mendidik anak-anak supaya jadi insan Soleh dan Solehah. “Kalau nak anak jadi pakar, kita perlu jadi pakar dulu”. Terima kasih Prof Dr Muhaya saya pinjam kata-kata prof.

Lihat Vlog Ramadhan Prof Dr Muhaya di youtube untuk dapat motivasi.

Wallualam. Kurang lebih kelemahan saya. Terbaik semua dari Allah.

Nota tambahan:

Teringat ustaz kt radio kata “sebelah tangan yang kotor dengan sebelah tangan yang bersih. Bila kedua-duanya digosok maka kedua-duanya akan bersih juga”. Metaphora ini mengingatkan saya bahawa saya perlu banyak belajar. Dan saya juga perlu ditegur andai ada yang saya fikirkan itu menyalahi yang sepatutnya asalkan hujah anda munasabah. Insyallah mari kita sama-sama perbaiki diri dan keluarga untuk membentuk umah yang harmoni. Saya tak suka dengar berita yang tak elok di TV sebab ia akan mempengaruhi pemikiran saya jadi negative. Sebaliknya pilih chanel dan rancangan TV yang baik-baik supaya kita akan lebih berfikiran positive. Gosok-gosok dan sental-sental tangan kiri ni dengan tangan kanan supaya dua-dua bersih…pling!!! Gunalah peluntur untuk membersihkan daki-daki yang degil..huhu…Jangan mare.

2 comments:

wa kha kha...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...