Saturday, August 20, 2011

Berbuka puasa di kampung?

Alhamdulillah...

Tahun ni dapat bersua lagi dengan atuk dan nenek ku. dapat berbuka bersama. Dah menjadi tanggugjawab saya dan en.suami membawa anak2 tuk mengunjungi kampung yot (moyang dalam bahasa jawa) mereka. Syukur kerana Nyaie (Nenek) dan Yaie (Atuk) dipanjangkan umur dapat berjumpa dengan cicit mereka iaitu anak2 ku Husna dan Elissa.Rasa tanggugjawab itu , bila memikirkan sementara ada orang tua di kampung. Andai satu hari nanti mereka dah takde tentu rasa menyesal. lagi pun bukan jauh kampung Nenek saya. lebih kurang 30 minit dari rumah saya.

(Saya saje bagi gelaran Nenek Yot untuk (Nyaie) dan Atuk Yot (Yaie). Sebab aku pun keliru nak suruh anak2 panggil apa?jadinya itulah gelaran rasmi nenek Yot dan Atuk Yot mereka.)

Petang tu saya pun sempatlah menyediakan sedikit juadah berbuka, kueh popia dan nasi goreng tom yam untuk dinikmati bersama berbuka nanti. Itu je menu yang saya mampu sediakan, memandangkan en. suami memberikan cadangan yang 'on the spot'. Sampai dikampung dah dekat waktu berbuka. Alhamdulillah ramai juga yang pulang. 2 orang Mak cik saya dan anak2 nya. Kebetulan juga hari tu, Nyaie masak untuk membalas punjungan (hantar makanan) dari jiran tetangga berbentuk ketupat dan rendang. kebiasaan di kampung tu mereka dah buat awal mungkin sebab menghormati malam-malam terakhir Ramadhan. Apa pun amalan punjung ni lebih berkat di bulan Ramadhan, sebab 'memberi makan orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti orang yang berpuasa pada hari itu'..memetik kata2 Ustaz. Bagi saya kalau beri pada akhir Ramadhan berlambak makanan, time tu nak sumbat pun dah tak larat. Bila dah banyak makanan kemudian membazir. masalah jugak..Lagi satu kebanyakkan orang kat kampung tu semua dah tua-tua, jadi masa2 terakhir Ramadhan biasanya Masjid penuh.. Tapi penuh dengan orang tua-tua je...

Selesai berbuka puasa kami semua ke Masjid yang berhampirang rumah. Menunaikan solat Isyak dan terawih berjemaah. Syukur saya dapat pergi mengikuti en.suami, memandangkan hari-hari lain saya terpaksa menjaga dua orang anak saya yang masih kecil. Seronok bercampur syahdu..saya pun tak tahu kenapa tiba-tiba hati rasa syahdu sangat. Mungkin Ramadhan kali ini buat jiwa saya rasa berbeza.mungkin...

Syahdu mengenangkan orang yang dah pergi lama arwah nenek dan atuk belah bapa saya. Al-fatihah semoga mereka bersema di dalam kalangan orang-orang beriman.




No comments:

Post a Comment

wa kha kha...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...