Monday, August 22, 2011

Radio tak putar lagu raya?

Assalamualaikum...

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Salam Ramadhan..hari ni dah masuk ramadhan ke-23. Malangnya semangat raya ni tak datang-datang. Semangat raya tahun ni tak sama macam tahun yang sudah.

Mengenang semangat raya tahun-tahun yang lalu bila pertengahan puasa je dah sibuk dengan persiapan menyambut raya. Berbeza tahun ini, memandangkan tahun ini saya tak ambil tempahan biskut raya. Jadi tak sesibuk tahun yang lalu. Sengaja tak mahu hidupkan suasana raya...atau menghargai Ramadhan...2 pekara yang mungkin bermain difikiran orang lain. Tak kisahlah apa-apa pun pendapat kalian.

Sejak saya mula menukar chanel Radio kepada Radio IKIM, radio kegemaran saya sekarang ini mood raya tu sedikit sahaja berbanding sebelum-sebelumnya.

Mula-mula tu macam pelik jugak bila lagu raya takde ke kat radio IKIM ni. Ada satu hari tu, seorang pemanggil buat panggilan dengan DJ radio mintak diputarkan lagu raya, namun DJ tu kata, "lagu raya belum lagi eh..harap maklum". Sebenarnya, mereka nak menghormati kepada mereka-mereka yang masih bersemangat memanfaatkan bulan Ramadhan. Ini kerana kebanyakkan orang yang mendengar IKIM ni pun antaranya Ustaz2, Ustazah2, makcik2, pakcik2, mungkin juga para akademik yang rata-rata menghargai ilmu.

Perkataan yang selalu diulang-ulang oleh DJ ialah "..hayati 10 malam terakhir...", "...sama-sama meningkatkan ibadah, mencari malam lailatul Qadar..". Kata-kata semangat macam ni buat saya kadang-kadang leka kepada kenikmatan dunia. Kalau orang lain sibuk pergi shoping 10 malam terakhir ni, saya tak lalu nafsu nak bershoping.

Bukan bermaksud orang lain tu tak baik, dan saya ni ni terlalu baik. sebenarnya saya hanya nak cerita mood raya saya ni tak sama macam dulu. lagi pun banyak persiapan raya saya dah buat awal.sebelum puasa lagi.beli baju anak-anak, beli kasut raya, menjahit baju raya anak-anak dan baju sendiri tu sikit-sikit je saya buat.

Selebihnya tu sambutan hari raya ni sederhana sahaja. Takdelah semua pekara wajib tukar baru. Saya sedang belajar, macamana nak jadi orang yang bersederhana. Tapi syukurlah banyak yang saya pelajari.Syukur saya mula menghargai nilai wang, nilai kasih sayang, nilai sedekah,nilai puasa dan kelebihannya. Sebenar-benarnya banyak mendidik jiwa.

Harap ia berterusan sampai akhir Ramadhan..dan mendidik jiwa sampai bila-bila.amin.

Apa yang penting, walau meriah mana pun raya jangan sesekali kita sampai bergolok gadai, berhutang sana sini semata-mata nak sambut raya. Beringat2 wang yang ada tu, manfaatkan sebaik-baiknya. Fikir2 pulak abis raya ni..insyallah ingatan untuk diri saya juga..

Wah baru pagi ni radio IKIM kuarkan lagu raya. lagu-lagu berunsur nasyid tapi masih dalam mood raya...menandakan mood raya dah mari lah ni...mudah2an semua persiapan akan selesai. nak siapkan baju raya yang sikit lagi nak setel tu, kemudian buat biskut raya balik kampung nanti nak buat dengan mak di kampung. Rasanya cukuplah 2 hari tu tuk beberapa jenis. Syukur sebab ramai orang dah sedar tentang berjimat-cermat..syukur..kita saling ingat menggigatkan..

Sebenarnya dalam hati ni tak sabar jugak nak tengok anak-anak bergaya berbaju raya yang dibuat sendiri. Tahun kedua beraya dengan anak2 kecilku Husna dan Elissa.

Dikesempatan ini saya mohon maaf andai kata-kata saya yang tertulis di sini banyak yang menyinggung hati kalian. Yang mana tak bermanfaat tu abaikan je..ambil yang baik-baik.

Salam Ramadhan...Salam Aidilfitri menyusul nanti.

Walluhualam

1 comment:

  1. Salam..
    Haha..br pg td sy dgr lagu raya kt radio IKIM, pastu dh tak de.cuma 1 lagu je..semua ni gara2 panggilan dr seorang ustaz yg tak mahu radio IKIM matikan mood orang yg mengejar ibadah 10 malam terakhir Ramadhan.ustaz tu kata"kalau boleh radio IKIM ni lain la dr radio yg lain"..tahniah Ustaz atas kesedaran itu.sama2 kita hayati dan mencari lailatul Qadar tentu ada hikmahnya.

    ReplyDelete

wa kha kha...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...