Saturday, August 6, 2011

Berkasih Sayang Kerana Allah


Kisah ini diriwayatkan daripada Rasulullah saw sendiri. Abu Hurairah meriwayatkan daripada baginda saw, bahawa ada seorang lelaki yang ingin menziarahi sahabatnya yang menetap di sebuah kampung yang lain.

Maka Allah swt telah menghantar malaikat ke jalan yang dilaluinya untuk memerhatikan lelaki itu.

Apabila lelaki itu melalui jalan yang ditunggu oleh malaikat itu, malaikat bertanya “Ke mana kamu ingin pergi?”

Jawab lelaki itu jujur “Aku ingin bertemu saudaraku di kampung ini.”

Malaikat bertanya lagi, “Adakah bagi kamu ada apa-apa nikmat yang kamu perolehi daripadanya?”

Lelaki itu menjawab “Tidak.Aku menziarahinya hanya kerana aku menyayanginya kerana Allah.”

Berkata Malaikat, “Sesungguhnya aku merupakan utusan Allah kepadamu untuk menyampaikan bahawa Allah Taala menyayangimu sebagaimana kamu menyayangi saudaramu kerananya.” (Riwayat muslim).

Orang yang ikhlas bersahabat kerana Allah tidak menaruh apa-apa kepentingan peribadi daripada hubungan persahabatan yang terbina. Bukanlah harta dan pangkat yang dicari walaupun sahabat mampu memberikan kelebihan seperti itu. Namun mereka yakin hakikat persahabatan yang baik itu hanya Allah yang mampu member ganjaran yang terbaik.

Dipetik dari:Solusi Isu#33

No comments:

Post a Comment

wa kha kha...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...