Saturday, August 20, 2011
Pendidikan Alam Semulajadi
Assalamualaikum..
Bismillahirohmanirohim
Sewaktu pulang ke kampung atuk dan nenek saya, sempat saya titipkan beberapa kenangan untuk anak-anak saya. Iaitu sewaktu mereka seronok berada di nenek yot mereka. Seronok memetik buah-buahan macam pulasan dan rambutan.
Bagi saya pendidikan alam sekitar ni penting untuk terus diterapkan dalam jiwa anak-anak. Supaya mereka rasa cinta pada alam, mengenal siapa penciptanya, merasai ketenangan dan kenyamanan udara bila kita berada di tengah lindungan pokok-pokok seperti di dusun. Udaranya begitu nyaman dan segar. Syukur sangat sebab saya ada kampung. Sekurang-kurangnya saya nak anak-anak tahu bila mereka dah bersekolah nanti, mereka ada pengalaman menarik dan gambaran macamana nak buat karangan tentang dusun, kampung dan alam sekitar.
Pernah suatu ketika dulu, masa bergelar GSTT (guru sandaran) di Johor bahru. Masa tu kena mengajar Bahasa Melayu tuk Tahun 5. Mengikut silibus hari tu, saya kena ajar buat karangan tentang 'pengalaman di dusun atuk saya'. Abis merungut budak2 semua."Cikgu rumah atuk saya mana ada dusun" (sebab duduk kampung kt bandar). Ada seorang budak India tu memang pandai buat karangan Bahasa Melayu dia kata "Cikgu, dusun tu apa cikgu?". Aduih abih pening kepala. Puaslah saya bercerita tentang pengalaman saya. Saya pun melukis sedikit gambaran tentang dusun. Saya keluarkan cerita macam-macam tentang dusun. Cerita panjat pokok, pasal nyamuk, kutip buah, petik buah, makan atas pokok, pokok2 apa yang ada kat dusun, tentang susana dan segala macam mak nenek tentang dusun. Akhirnya mereka berjaya juga menyiapkan tugasan tersebut. walaupun hasilnya 'semua hasil dari cerita saya'.Hampeh!!!
Saya harap bila dewasa nanti anak-anak saya lebih mengerti tentang alam sekitar. Bukan setakat duduk terperuk dalam bilik mengadap komputer. Saya nak mereka merasai semua itu, kerana tanpa alam sekitar dan pokok2 kita belum tentu dapat mengenali lebih rapat penciptanya.
Tiba-tiba En. suami bersuara "Siapa yang jadikan buah ni?", lama anak-anak diam. tak semena2 si kecilku Elissa (1Tahun 3Bulan) menjawab "Allah..." dalam bahasa pelat2 baru nak belajar bercakap. Syukur si adik pun dah kenal siapa Allah. Allah lah sebaik2 pencipta yang menciptakan alam ini, yang menjadikan pokok2 untuk kita menikmati faedah darinya, menghirup udara nyaman,menikmati suasana indah. Allah juga yang menjadikan bumi dan alam semesta. Allah maha mengetahui atas setiap kejadian.
Ada sebuah riwayat hadis berkata;
"Rasullulah SAW jika tiba musim buah, baginda akan makan buah2an tersebut."
sumbar:Majalah Solusi
Maknanya setiap negara ada buah2an yang Allah berikan. maka kita perlu manfaatkan terutamanya khasiat yang ada pada buah2an tersebut. Bagi mereka yang tak manfaatkan buah2an bermusim di tempat mereka, kata rasullulah mereka rugi kerana Allah jadikan sesuatu itu semua bersebab. Buah2an tersebut mungkin baik untuk penduduk tempat tersebut.
(Ini saya petik apa yang tertulis dalam majalah tu..saya cari petikan tu tp tak ingat kt mana..)
Wallahualam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
wa kha kha...:)